Syamil Incoming Birthday

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Monday, May 19, 2008

My Friends





Hmm...kawan boleh di ibaratkan sebagai saudara,teman,dan apa jua yang sesuai dengan nya...ada orang kata kawan ni hanya masa senang jer diorang ada..masa susah hilang tah ke mana...itu aku tak nafikan....sebab aku dah terkene....serik siot....sebab dia aku menanggung hutang berpuluh ribu....

Tapi aku taknak citer pasal tu...pada aku...aku beruntung sebab ada kawan2 aku yang kat majidi tu....setakat hari ni....dah berbelas tahun kitorang kawan....aku bangga nak katakan diorang lah kawan aku susah dan senang...insyaAllah....bila senang mereka ada...bila susah juga ada..

So aku decide nak abadikan sebahagian dari gambar diorg kat dalam ni....kenangan...pada korang semua....thanks for the friendships...

Expecting Father and Mother

Hmmm.....sekarang ni aku tak tau musim apa....nak kata musim buahan...bukan...musim luruh pun bukan...salji lagi la bukan...musim apa ek...

Ha...baru aku ingat...sekarang ni ialah musim untuk 'menuai' hasil penat lelah selama ini...hehehe....

Kat bawah ni adalah antara member2 aku dak2 majidi yang tengah expecting baby....aku sekeluarga dan kawan2 yang lain mendoakan segalanya selamat....

Tak lama lagi...aku dah boleh ucapkan ayat ni... "Welcome to Father's and Mother's World"




Man n Maziah...hanya menunggu hari saja....maybe within this week...




Alang n Ezan...3 bulan lebih lagi insyaAllah.....

Tak sabar aku nak korang rasa apa yang aku dah rasa...hehehe...

Saturday, May 17, 2008

Sukanya Dia...

Hmm....suka btul syamil bila di agah oleh ibu dia...melekek2 ketawa...entah apa yang dia rasa kelakar pun aku tak tau....tapi seronok dengar dia ketawa...hilang semua penat yang di tanggung seharian training kat kilang tadi.... :)

Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia???

Kongres Permuafakatan Melayu yang berlangsung selama 3 hari di Johor Bahru telah membincangkan berbagai-bagai masalah yang berlaku di negara cacar-marba Malaysia ini.Antaranya keruntuhan penggunaan bahasa kebangsaan, penyusutan kebudayaan Melayu, pemikiran konsep ‘muhibbah’ dan pelbagai lagi.Budayawan dan ahli-ahli akademik yang sekian lama bersikap menutup mata tiba-tiba terbeliak mata ekoran kekalahan teruk dalam sejarah Barisan Nasional (BN) di tangan Pakatan Rakyat (PR). BN hilang dua per tiga kerusi parlimen serta tercicir lima buah negeri. UMNO sendiri kini hanya memiliki 78 kerusi dari 140 kerusi yang dimenangi oleh BN. Ini bermakna sebanyak 62 kerusi dari BN dimenangi oleh bukan Melayu. Jika 62 ahli parlimen bukan UMNO dari BN bergabung dengan 36 ahli parlimen bukan Melayu dari pembangkang, mereka hanya kekurangan 14 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Lihatlah bagaimana impak daripada keghairahan mahukan “perpaduan dalam kepelbagaian” atau ‘muhibah’ akhirnya hanya melenyapkan secara beransur-ansur kuasa kebudayaan Melayu yang sebelum ini menjadi teras kebudayaan kebangsaan.Dahulu, semua majlis-majlis rasmi, pesta kebudayaan, konsert atau karnival hanya menampilkan kebudayaan Melayu dan bahasa Melayu. Kini setiap acara sudah menampilkan konsep ‘muhibbah’ dengan meletakkan semua budaya dan bahasa sama taraf dan sama tinggi. Tidak kira hari kemerdekaan, hari pekerja atau sambutan hari tahun baru, semuanya menonjolkan pelbagai kebudayaan bangsa untuk memperlihatkan ‘Malaysia is Truly Asia’.

Malahan pada AIM 2008 yang lepas pertama kalinya kita melihat anugerah-anugerah lagu berbahasa bukan kebangsaan kepada rakyat Malaysia. Juga persembahan-persembahan bukan dalam bahasa rasmi negara ini. Wabak virus ini yang telah menyerap dalam institusi-institusi seni dan budaya Malaysia menunjukkan bahawa negara Malaysia kini telah berada di tahap bahaya. Adalah sedia maklum bahawa dalam setiap keruntuhan tamadun negara bangsa, benteng terakhir adalah seni dan budayanya. Jika virus kekeliruan negara ini berjaya merosakkan seni negara, maka tiadalah lagi konsep Melayu teras negara atau ketuanan Melayu lagi.

Cadangan penubuhan Majlis Muafakat Melayu Malaysia amat dialu-alukan. Biarlah ia menjadi satu lembaga yang tertinggi dan amat dipercayai oleh bangsa Melayu. Setiap tuntutan berkaitan kepentingan Melayu mesti mendapat sokongan semua pihak. Pendirian majlis tersebut harus dilihat sebagai keramat dan berdaulat yang berupaya membantu kembali pembinaan negara-bangsa yang semakin hancur ini.Satu lagi cadangan yang tertinggal adalah penubuhan satu lagi parti Melayu yang bersifat demokratik moden yang boleh bersaing secara sihat dengan UMNO demi kepentingan Melayu. Kini setelah terkuburnya Semangat 46, UMNO merupakan satu-satunya parti Melayu di Malaysia. Akibat tiadanya saingan untuk mendapatkan sokongan bangsa, UMNO kini sudah hilang tujuan asal perjuangannya. UMNO yang sepatutnya memperjuangkan kedaulatan bahasa dan budaya kebangsaan sudah tersasar arah hingga kini dikenali sebagai parti elit untuk mengayakan golongan mereka sahaja.Dengan tertubuhnya parti Melayu baru, bangsa Melayu sekurang-kurangnya dapat memilih parti yang benar-benar memperjuangkan bangsa dan juga pada masa yang sama memperjuangkan demokrasi, bebas rasuah dan keadilan sosial bangsa.

Majlis Muafakat Melayu Malaysia boleh membantu penubuhan parti baru ini, dan kemudian membiarkan parti-parti melayu ini bersaing sesama mereka. Majlis Muafakat Melayu Malaysia harus cepat bertindak. Kini anak-anak muda Melayu bersifat apologetic dan berasa defensive dengan bangsa lain. Mereka mulai menganggap bahawa bangsa lain perlu diberi keistimewaan menggunakan bahasa dan kebudayaan mereka seperti bangsa Melayu. Anak muda Melayu sendiri berasa racist jika mereka memperjuangkan bahasa dan kebudayaan Melayu.Walhal, dunia menunjukkan tiada negara yang bersifat majmuk kecuali Malaysia. Mana-mana negara majmuk akhirnya akan mengalami kehancuran atau berada dalam perang saudara. Konsep ‘muhibah’ atau ‘majmuk’ sebenarnya adalah satu retorik utopia yang tiada benarnya. Negara tidak mungkin akan muhibah atau bersatu-padu jika setiap bangsa menggunakan bahasa yang berlainan, bergaul sesama mereka dan hidup dengan budaya masing-masing. Dalam jiwa mereka sebenarnya perasaan saling mencurigai, syak-wasangka dan persaingan yang hanya menjatuhkan satu sama lain.

Hanya satu kemungkinan yang akan berlaku jika Melayu gagal berusaha menguatkan teras kemelayuan di Malaysia: Tanah air ini hanya akan menuju menjadi sebuah negara-bangsa berteraskan Cina seperti Singapura bukan lagi berteraskan Melayu. Adakah itu yang semua orang Melayu mahukan?

Fikir kan lah sejenak wahai bangsaku....adakah kata-kata "tak akan melayu hilang di dunia" masih relevan dalam konteks hari ini?Usahkan di dunia global...di dunia sendiri(malaysia) pun pepatah itu belum tentu ada kekuatannya.Adakah satu hari nanti kita akan bak kata pepatah "melukut di tepi gantang"?

Thursday, May 15, 2008

Cutenya Anak Ayah Ngan Ibu Ni...

Syamil Hakimi Test Vokal

Hmm...aritu aku rehat2 kat umah dengan hubby n syamil...masa tu dah petang dah...dan seperti biasa la syamil akan merengek2 waktu2 camtu sebab waktu dia nak mandi dan proceed tido...hehehe....dan di kesempatan itu aku gunakan sebaik yang mungkin untuk capture aksi dia tengah melalak sakan...hehehe....sorry ek syamil...

Hmmm...nyaring tak suara syamil...hehhe...sambil merakam tu...tergelak aku melihat kerenah anak aku sorang ni...hubby aku marah...katanya tak baik biar anak nangis lelama...nanti dia mudah sakit...entah la...aku tak tahu sejauh mana kebenarannya....bila dengar macam tu..terus aku off...takut gak anak aku sakit betul2 karang...susah plak....heheheh....

Monday, May 12, 2008

Syamil...Hubby...Aku...



Hmm....dah lama tak coret sesuatu di sini.....di atas ni adalah gambar aku ngan hubby tengah dukung syamil....dah 4 bulan lebih dah umur dia....orang selalu tanya...anak ko dah pandai apa dah...??aku jawab....dah pandai nangis....mengamuk....majuk....ketawa.....bebual....hehehe....dia klu nak bebual klu tak dilayan majuk la jawabnya....merengek2....heheheh....dan dia juga dah pandai tengok tv...sambil tengok tv bebual sorang2....hehehe....
hmm....Syamil skrg ni pandai kenal orang gak....aritu dia nangis bila ada jiran aku pegang....meraung2....heheheh....tapi x smua org la....tgk gak la....
Hmm...insyaAllah...bulan depan aku nak bawak syamil ngn hubby balik sabak bernam....bawak jumpa atuk dia...dah 4 bulan x balik....
ayah...mak....we'll be back....huhuhu....


Powered By Blogger