Syamil Incoming Birthday

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Tuesday, March 18, 2008

Terengganu 08/02/08 - 11/02/08


Hmm....di atas ni antara gambar2 masa bercuti kat Terengganu masa raya cina tu....sebenarnya sambil bawa mak aku berubat tu...jalan2 la sekali...hehehe...untung Syamil...belum lepas hari dah sampai Terengganu...dulu masa aku kecik2...sebaya ngan dia ni...kalau berjalan sekali pun...cuma pegi pasar malam kat setanggi tu jer...sekarang ni tengok la....belum lepas hari pn dh jalan jauh....untung anak ayah....




Monday, March 17, 2008

My Sweet Little Family

Khairul Muharam...Norhayati Ishak...Syamil Hakimi

Syamil Demam

Hmm...malam ni aku tak keje...cian syamil...dia demam....semalam baru lepas bawak pegi Rabbisfina...sebab ambil suntikan untuk 3 serangkai..entah aku pun tak paham...tu doktor la yang kata...masa inject tu dia nangis sekejap...lepas tu terus senyap...kuatnya dia...balik aku trus bagi ubat demam....tapi nak buat macam ner...arini dia tetap demam...seharian dia tak nak tido sangat...merengek2 minta di dukung...hmm...alahai anak ayah sorang ni...

Hmm...semalam masa pegi klinik tu....doktor kata syamil dah bertambah besar...belum 3 bulan berat dia dah 5.2kg dan panjang dia dah 62cm....patut la aku rasa macam terlebih jer kaki dia bila kau dukung dia....heheheh....

Malam ni aku tak keje....x larat...seharian aku tak tido...member aku ajak borak kat mail pun aku tak dapat nak layan....sory ek...lagipun aku nak temankan hubby aku...cian dia kene jaga syamil sorang2...penat dia...dia pun x tido jugak siang tadi....

Hmm...malam ni keadaan dia semakin baik....alhamdulillah...dia dah mula nak berbual macam biasa...dah mula nak 'di agah2'...hmmm....xtau la nak cakap pe lagi....cuma aku harap...esok dia akan bertambah sihat dan membesar macam biasa...amin..

Zaman Kita?Zaman Anak Kita?Zaman Cucu Cicit Kita?

A'kum....hmm...sehingga ke hari ini aku masih kedengaran lagi suara2 berbual mengenai PRU12 dan hala tuju bangsa melayu di tanah air sendiri...

Tahukah anda wahai bangsaku...siapakah yang tersenyum besar selapas pilihanraya itu...??Jawapannya ialah orang cina dan india...

Satu2 nya kuasa yang masih ada pada orang melayu ialah kuasa politik setelah kuasa ekonomi dikuasai oleh bangsa lain di tanahair sendiri.Itu pun telah tergadai apabila pecahan majoritinya dimenangi oleh DAP.Parti yang sekian lama dikuasai oleh orang melayu akhirnya hampir2 tersungkur dibumi sendiri dan parti cina akhirnya dapat menyelinap masuk kedalam tampuk pemerintahan tanahair kita sendiri.

Semua maklum Pulau Pinang,Perak dimenangi oleh DAP.Malah Melaka dan Negeri Sembilan juga hampir2 di tawan oleh mereka.Hiduplah rakyat atau yang lebih jelas bangsa melayu di tangan orang2 cina.Sudahlah kuasa ekonomi di monopoli oleh mereka,politik pun mahu mereka tentukan??Apa yang kita dapat.???

Mungkin sebahagian dari kita gembira apabila parti mereka menang.Kedah,Selangor,Kelantan dan yang lainnya masih milik orang melayu walaupun di tangan pihak pembangkang.Alhamdulillah sekurang2nya ia masih hidup di tangan orang melayu.Perak walaupun memiliki jumlah orang melayu yang ramai,kuasa politiknya sudah mula tersungkur.Apatah lagi di bumi Pulau Pinang yang melayunya hanya ramai di seberang.Nasib baik raja melayu ada di perak.Jika tidak pasti Ah Chong sudah memerintah.

Tahukah anda salasilah DAP??Kajilah,renunglah,beringatlah....

Melayu mudah lupa...bak kata Tun Mahathir Mohamad.Benarkah..??Siapa yang hendak kita persalahkan atas semua ini...??

Renungkan lah...tindakan kita hari ini akan mencorakkan hidup kita,anak kita dan cucu cicit kita di masa hadapan...Tidak mustahil atas tindakan orang melayu yang kononnya mahu "menghukum" kerajaan...1 hari nanti cucu cicit kita akan merempat di tanah air sendiri.

Maaf di pinta jika mesej ini tidak memenuhi atau menyokong pendapat anda.Tapi renungkanlah...jika bukan untuk kita...tapi sekurang2nya untuk anak cucu kita...

Wassalam...

Suratan Atau Kebetulan

A'kum...Kemana hala tuju orang melayu?? Terbelakah nasib orang Melayu Pulau Pinang selepas ini...??? Inilah padahnya jika mengikut kata hati, dan mempercayai janji manis pihak pembangkang yang bermodalkan air liur... mungkin hanya kerana sakit hati dengan parti BN. Bak kata pepatah, menang sorak, kampung tergadai... Itulah orang melayu, mudah lupa....Ada yang berkata,"Tak kan Melayu mati kerana tiadaUmno...Tak kan Melayu Mati kerana TiadaBarisan.."Itu betul, tapi cuba fikir balik, kalau setakat hidup segan tapi mati tak mahu, pun tak berguna juga... Maybe mereka belum lihat nasib melayu di Singapura, hidup selalu ditindas... Tiada keistimewaan, hanya menjawat jawatan rendah kerajaan, dan selalu dipinggirkan... Mahukah kita jadi seperti mereka...??? Mahukah kita hidup menumpang ditanah sendiri...??? Jangan hanya fikir diri sendiri, Fikirlah untuk generasi anak cucu kita nanti... Mahukah kita dijajah sekali lagi??? Menyesal dahulu pendapatan, menyesal sekarang pun dah tak berguna...Pulau Pinang dah jatuh ditangan kafir... Tak tahu lah nasib Perak & Selangor selepas ini.... Cuma yang terkilan ada pihak2 yangboleh bekerjasama dengan pihak kafir sendiri untuk menjatuhkan parti seislam...So kesimpulannya, undi PAS & undi PKR sama cam undi DAP... Fikirkan lah...Kepada warga Penang....Tahniah!!! anda yang mengundi pihak pembangkang, anda terimalah akibat dari sikap anda sendiri... :>Wassalam...

Wednesday, March 12, 2008

PRU 12 & Kerja

PRU 12

Hari ni sudah 5 hari pru-12 berlalu...tapi cerita ttg kejatuhan kerajaan pimpinan BN masih kedengaran....pelbagai versi cerita dan pendapat diutarakan...ada yang kata BN saja bagi muka lah...sebab nak tengok sejauh mana janji pembangkang...dan x kurang juga yang mengatakan...ini sudah zaman kejatuhan BN....hmmm...tapi pendapat yang paling boleh diterima dek akal yang masih waras ni ialah...ini sedikit sebanyak adalah amaran rakyat yang selama ini menyokong BN...yang mahukan pembaharuan dari kerajaan....kurangkan apa yang tidak patut...dan lebihkan apa yang patut....hmm....xtau la sejauh mana kebenarannya...kerana kita sebagai rakyat tidak tahu tentang permainan politik orang atasan..tapi yang paling penting...kuasa tetap di tangan kita...4 tahun sekali...kita lah yang paling berkuasa untuk menentukannya...

Kerja

Hmm....hari ni bermula dengan pagi yang indah...seperti biasa smuanya berjalan lancar...downtime pun kurang rini...maklum la...mesin skrg dh kurg ragam..takut nak kene ganti dengan pentex la tu(mc baru) bagi yang xtau...hehehehe....selesa giler keje hari ni...tapi segalanya bertukar wajah selepas rehat tengahari tadi....tetiba lak rasa macam xde mood sesangat...entah la...aku pun xtau kenapa...hati ni meronta2...nak mengamuk...tapi aku layan jer sampai lah ke petang...alhamdulillah...semuanya ok....tapi aku rasa mesti aku ada buat salah ngn sesiapa ni....sape ek....??hmm....akhirnya hari aku berakhir dengan 1001 kemurungan....argghhhhh...tension nya....aku harap esok hari segalanya kan berubah....aku nak keje hepi2 jer sampai hujung minggu ni....tolonglah....

Monday, March 10, 2008

Pertama kali

Assalamualaikum w.b.t....buat semua yang insan yang beragama islam...salam sejahtera buat yang beragama selainnya...hmm...aku tak tahu nak 'coret' kan apa dalam blog aku ni...tapi apa pun...aku nak ucapkan terima kasih kepada teman baik aku..yousman a.k.a manzunited...kerana secara tak langsung dia telah memberi sedikit tunjuk ajar dalam menghasilkan blog ni...wlupun ilmu itu sekadar sedikit...tapi aku percaya akan keberkatannya...semuanya 'terjadi' tengahari tadi...sewaktu aku dengan man sedang 'lepak2' kat kedai mamak sri alam tu...aku tanya dia..dan dia terus aja aku cmner nak buat ni...katanya tak rugi buat benda ni...sebab secara tak langsung ia boleh di anggap sebagai diari hidup kita...ye la bak kata dia tadi...sekarang ni media memainkan peranan penting dalam hidup kita...dan aku percaya blog ni merupakan salah satu media interaksi yang bagus...hmm...ok la sampai d cini jer...assalamualaikum.
Powered By Blogger