Syamil Incoming Birthday

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Monday, March 17, 2008

Zaman Kita?Zaman Anak Kita?Zaman Cucu Cicit Kita?

A'kum....hmm...sehingga ke hari ini aku masih kedengaran lagi suara2 berbual mengenai PRU12 dan hala tuju bangsa melayu di tanah air sendiri...

Tahukah anda wahai bangsaku...siapakah yang tersenyum besar selapas pilihanraya itu...??Jawapannya ialah orang cina dan india...

Satu2 nya kuasa yang masih ada pada orang melayu ialah kuasa politik setelah kuasa ekonomi dikuasai oleh bangsa lain di tanahair sendiri.Itu pun telah tergadai apabila pecahan majoritinya dimenangi oleh DAP.Parti yang sekian lama dikuasai oleh orang melayu akhirnya hampir2 tersungkur dibumi sendiri dan parti cina akhirnya dapat menyelinap masuk kedalam tampuk pemerintahan tanahair kita sendiri.

Semua maklum Pulau Pinang,Perak dimenangi oleh DAP.Malah Melaka dan Negeri Sembilan juga hampir2 di tawan oleh mereka.Hiduplah rakyat atau yang lebih jelas bangsa melayu di tangan orang2 cina.Sudahlah kuasa ekonomi di monopoli oleh mereka,politik pun mahu mereka tentukan??Apa yang kita dapat.???

Mungkin sebahagian dari kita gembira apabila parti mereka menang.Kedah,Selangor,Kelantan dan yang lainnya masih milik orang melayu walaupun di tangan pihak pembangkang.Alhamdulillah sekurang2nya ia masih hidup di tangan orang melayu.Perak walaupun memiliki jumlah orang melayu yang ramai,kuasa politiknya sudah mula tersungkur.Apatah lagi di bumi Pulau Pinang yang melayunya hanya ramai di seberang.Nasib baik raja melayu ada di perak.Jika tidak pasti Ah Chong sudah memerintah.

Tahukah anda salasilah DAP??Kajilah,renunglah,beringatlah....

Melayu mudah lupa...bak kata Tun Mahathir Mohamad.Benarkah..??Siapa yang hendak kita persalahkan atas semua ini...??

Renungkan lah...tindakan kita hari ini akan mencorakkan hidup kita,anak kita dan cucu cicit kita di masa hadapan...Tidak mustahil atas tindakan orang melayu yang kononnya mahu "menghukum" kerajaan...1 hari nanti cucu cicit kita akan merempat di tanah air sendiri.

Maaf di pinta jika mesej ini tidak memenuhi atau menyokong pendapat anda.Tapi renungkanlah...jika bukan untuk kita...tapi sekurang2nya untuk anak cucu kita...

Wassalam...

No comments:

Powered By Blogger